Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perkahwinan kanak-kanak: K'jaan perlu terus beri kesedaran, kata menteri

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata kerajaan persekutuan perlu terus mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri berhubung perkahwinan kanak-kanak.

Bercakap dengan pemberita semalam, Nancy berkata kerajaan persekutuan tidak boleh mengenakan sebarang undang-undang berkenaan perkahwinan kanak-kanak kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

"Kita tulis surat dan mohon. Setakat ini, Selangor dan Pulau Pinang telah respons.

"Ada negeri yang berdepan kesukaran kerana mereka ada undang-undang adat," katanya.

Nancy Shukri

Katanya lagi, kerajaan persekutuan akan meneruskan usaha advokasi dan memberi kesedaran golongan muda berkenaan perkahwinan remaja.

"Kita tak boleh duduk diam. Kita harap (untuk beri kesedaran) yang mereka tidak seharusnya kahwin di usia yang sangat muda," katanya lagi.

Dalam manifesto PRU15, PH berkata akan meneruskan pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur 2025, yang sepatutnya dilaksanakan pada 2020.

Setakat ini, kerajaan persekutuan yang melibatkan beberapa gabungan politik belum menyuarakan secara jelas komitmen terhadap pelan ini.

Selain Nancy, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek juga menyuarakan bantahan terhadap perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

Dalam siaran televisyen sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023 semalam, Fadhlina berkata perkahwinan melibatkan kanak-kanak perempuan boleh membunuh potensi dan menghalang akses pendidikan mereka.

Dia berkata Kementerian Pendidikan sedang merangka undang-undang untuk mewajibkan kanak-kanak belajar sehingga ke peringkat sekolah menengah, memandangkan undang-undang sedia ada hanya mewajibkan persekolahan peringkat rendah.

Lihat Komen
ADS