Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penganjur selar polis berhubung siasatan ke atas himpunan Hari Wanita
Diterbitkan:  Mar 13, 2023 2:23 PM
Dikemaskini: 6:59 AM

Jawatankuasa penganjur Women's March Malaysia 2023 mengecam sekeras-kerasnya siasatan polis terhadap perhimpunan dan perarakan aman sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi 

“Kami imbas semula dan ingin mengingatkan kerajaan ini tentang sejarah panjang tindakan dan luahan demokrasi, serta perhimpunan awam dan protes yang diadakan sejak beberapa dekad lalu sebelum ia berkuasa.

"Kami kecewa kerana dihukum kerana menggunakan hak demokrasi kami untuk memperjuangkan Malaysia yang lebih baik," kata penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya yang sebelum ini berkata, bahawa penganjur akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung perhimpunan dan perakan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam.

"Lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Bride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi.

"Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat,” katanya. 

Menurut Noor Dellhan, polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menurutnya, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Dia juga menggesa orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Women's March Malaysia 2023 bertujuan menyeru kesaksamaan gender, keadilan dan menamatkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan anak perempuan.

Ia juga antara lain menuntut supaya perkahwinan kanak-kanak diharamkan secepat mungkin, menggesa kerajaan melindungi kebebasan memilih, menggubal perlembagaan dan perundangan untuk mencapai kesaksamaan gender, penyertaan politik yang sama rata bagi jantina yang tertindas di semua peringkat tadbir urus dan memastikan taraf pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen
ADS