Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak bekas tahanan Ops Lalang ingatkan Dr M zaman kuku besinya
Diterbitkan:  Mar 20, 2023 1:51 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Bekas ahli parlimen, Kasthuri Patto membidas Dr Mahathir Mohamad, dengan mengingatkan ahli politik berusia 97 tahun itu bahawa dia tidak mempunyai kuasa moral untuk mengulas mengenai kekangan terhadap pendapat yang berbeza.

Katanya, mendiang bapanya P Patto, yang adalah ahli parlimen DAP, telah ditahan mengikut akta kuku besi - Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini dimasuhkan semasa Operasi Lalang pada 1987 ketika Mahathir adalah perdana menteri.

Kasthuri Patto

“Saya adalah anak mangsa Operasi Lalang yang kamu bertanggungjawab sepenuhnya sebagai menteri dalam negeri dan perdana menteri. Saya berumur lapan tahun, adik saya enam tahun.

“Kamu heret ayah saya dan ramai lagi ayah dan ibu lain. Mengasingkan (mereka) daripada keluarga kerana mereka menentang kamu dan bukan Malaysia,” ciapnya.

Kasthuri mengimbas kembali betapa sedih bapanya apabila tidak dapat menemani adiknya pada hari pertama persekolahan ketika dia memasuki darjah satu pada tahun 1988.

“Kamu tahan mereka berbulan-bulan, bertahun-tahun dan berdekad-dekad menggunakan ISA yang zalim, sementara tidak pernah membenarkan mereka dibicarakan di mahkamah. Ia adalah peraturan kuku besi.

“Kamu menyekat kebebasan bersuara, berhimpun, meluahkan pendapat dan jadikan akhbar sebagai musuh. Kamu guna cawangan khas (polis), jadikan ahli politik, keluarga dan rakan-rakan mereka sebagai mangsa. Semua ini masih jelas dalam fikiran saya,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat cerita bahawa ada juga yang dipenjarakan semata-mata memiliki akbar DAP, The Rocket.

Pada 2017, Mahathir mengakui kesalahan berhubung penahanan lebih 100 aktivis, wartawan dan ahli politik pembangkang semasa Operasi Lalang dan menyatakan kekesalan kerana sebahagian daripada mereka diseksa.

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa tindakan keras keselamatan itu bukan keputusannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS