Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ada kemungkinan 1 Syawal tidak disambut serentak di rantau ini
Diterbitkan:  Mar 24, 2023 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi menjangkakan terdapat  kemungkinan waktu penentuan 1 Syawal di negara itu berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara-negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia.

Alhamdulillah kita serempak berpuasa pada tanggal itu hari tanggal 23 Maret (Mac) 1 Ramadan yang kemungkinan terjadi perbezaan adalah nanti di satu Syawal.

“Tetapi mudah-mudahan perbezaan ini atau bisa dicari penyelesaiannya dengan baik,” katanya dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh KompasTV di Youtube.

Abdullah berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas di Jakarta, semalam.

Kemungkinan perbezaan sambutan Aidilfitri di rantau ini pada tahun ini adalah kerana ketika matahari terbenam, pada 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baharu Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah. 

Walaupun umat Islam Indonesia mungkin merayakan pada tarikh berbeza, Abdullah berharap agar perkara itu tidak menimbulkan sebarang pertikaian.

“Kalau dari perbezaan seakan menjadikan perbezaan di antara kita sikap kita sebagai umat Islam kita sebagai warga bangsa tetap saling korban untuk kembali di antara yang satu dengan yang lain,” katanya.

Abdullah turut menyeru masyarakat Islam supaya tidak hanya menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan, tetapi juga meningkatkan ketakwaan ibadat dan sosial sepanjang bulan yang mulia ini.

Dia juga berharap ketibaan bulan Ramadan dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan dan bukannya dijadikan medan berpolitik berikutan Pilihan Raya Umum (Pemilu) 2024 Indonesia yang semakin hampir.

“Diharap bulan Ramadan dapat memupuk perpaduan dan kesatuan sesama kita khususnya dalam tahun politik ini agar kita dapat memahami bersama, tidak menyebabkan isu politik menjadi perpecahan antara kita,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS