Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan akan laksana terbitan statistik gaji setiap suku 
Diterbitkan:  Jun 13, 2023 4:30 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Kerajaan akan mula melaksanakan penerbitan statistik gaji di Malaysia secara setiap suku sebagai langkah menutup yuran gaji yang rendah buat masa ini,  kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

“Kita bersedia untuk penerbitan pertama tetapi saya perlu mengumumkannya kepada Kabinet minggu ini dan berharap pelaksanaan tersebut dapat diumumkan selepas Hari Raya Haji,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Panduan dan Aplikasi Belanjawanku 2022/2023 di Menara KWSP hari ini. 

Katanya langkah ini akan membantu masyarakat dan ekonomi secara keseluruhannya dengan memberi tumpuan kepada soal gaji dan menjadi penandaarasan yang baik kerana pasaran kerja ini adalah terbuka. 

Menurut beliau, keseluruhan negara termasuk majikan perlu membuat keputusan bersama supaya masyarakat dapat melihat dan menilai fokus kerajaan dalam menyediakan infrastruktur data yang komprehensif. 

“Kalau tidak, kita tidak boleh membuat dasar yang berasaskan bukti sebab kita memerlukan maklumat dan itulah yang sedang diusahakan. Kami yakin infrastruktur data akan siap dan kemudian akan bercakap mengenai penanda aras.

“Itulah sebabnya gesa untuk statistik gaji suku tahunan atau sebaliknya pembentukan dasar tidak dapat mengejar perubahan gaji dan itulah sebabnya anda melihat perbezaan itu menjadi lebih besar. Mudah-mudahan kita boleh melakukannya setiap bulan pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, katanya data seperti ini akan mewujudkan satu pasaran kerja yang lebih dinamik terutamanya kepada soal gaji di Malaysia.

Bagi dasar gaji progresif, Rafizi berakat kerajaan masih berbincang di peringkat kementerian iaitu antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia untuk melihat hala tuju polisi.

“Mengikut jadual, pembentangan kali pertama rangka asas gaji progresif ini adalah pada bulan Ogos dan dalam tempoh dua bulan ini, perbincangan, libat urus serta mendapat pandangan daripada kumpulan pakar dan ahli ekonomi akan berlaku,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS