Maybank tarik balik peraturan baru
Malayan Banking telah menyemak semula peraturan yang mengkehendaki firma guaman mempunyai ekuiti Bumiputera sekiranya mereka mahu menjalankan perniagaan dengan bank berkenaan.
Malayan Banking telah menyemak semula peraturan yang mengkehendaki firma guaman mempunyai ekuiti Bumiputera sekiranya mereka mahu menjalankan perniagaan dengan bank berkenaan.
Sebaliknya, bank itu menegaskan, pemilihan firma guaman akan diteruskan berasaskan prestasi, kecekapan dan merit.
Bernama melaporkan, dalam satu kenyataan pada 4 Mei lalu. Bank itu berkata, mana-mana firma guaman yang ingin menjalankan perniagaannya mesti mempunyai tiga rakan kongsi dengan seorang daripadanya adalah rakan kongsi Bumiputera dengan pemilikan kepentingan 50 peratus saham.
Manakala dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata peraturan itu telah disemak semula dengan mengambil kira isu dan kebimbangan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.
"Tanpa menoleh ke belakang dan berkuatkuasa serta-merta, semua firma perundangan, sama ada ekuitinya idmiliki golongan Bumiputera atau bukan Bumiputera, layak untuk diberikan pertimbangan.
Penilaian tahunan
"Semakan semula kriteria bagi memilih firma perundangan berdasarkan penilaian tahunan yang dibuat adalah kekal," kata Maybank, bank terbesar di Malaysia.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Kumpulan Ambank berkata ia mengamalkan dasar melantik firma guaman yang tidak mempunyai rakan kongsi dari golongan Bumiputera sejak 20 tahun lalu.
Kumpulan itu berkata Ambang tidak mengenakan sebarang sekatan dalam bentuk kouta saham dari segi penyertaan ekuit oleh rakan kogsi perniagaan bumiputera.
Kenyataan oleh bank itu dikeluarkannya hari ini susulan daripada sungutan yang timbul berkenaan peraturan Maybank itu dari firma guaman, dewan perniagaan dan beberapa parti politik, yang menyatakan kontrak kerja seharusnya bukan sahaja diberikan kepada firma guaman berdasarkan merit malahan tanpa berdasarkan kuota mengikut bangsa.
Bank itu berkata kumpulan itu selalunya mendorong firma guaman mendapatkan rakan kongsi Bumiputera bagi menggalakkan penyertaan golongan itu dalam industri kewangan iaitu yang merupakan satu industri khusus.

