Pilihan Mahathir dipertikai

Opinion  |  Aman Rais
Published:  |  Modified:

Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, sekali lagi mencabar kebijaksanaan dan kesetiaan ahli-ahli parti itu dengan melakukan beberapa kejutan dalam perlantikan 10 ahli Majlis Tertinggi baru-baru ini.

Kejutan perkara biasa bagi Dr Mahathir. Kali ini beliau melakukannnya dengan melantik beberapa muka baru dan juga tokoh Umno yang telah ditolak dalam pemilihan agung Umno 11 Mei lalu.

Beliau melantik muka baru yang masih bersih rekodnya seperti: Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad; Pengerusi Bank Rakyat, Dr. Nooraesah Mohamad; peguam dan aktivis wanita, Azalina Othman dan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Azimi Daim.

Tokoh lain yang dilantik ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam, Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim dan bekas Ketua Wanita, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman. Mereka merupakan calon-calon yang tewas dalam pemilihan agung Umno lalu.

Dua lagi tokoh yang menjadi pilihannya, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Idris Jusoh.

Pemilihan beberapa tokoh baru dan veteran yang telah ditolak oleh perwakilan Umno itu mengecewakan sebahagian besar ahli Umno. Mereka berpendapat tokoh-tokoh seperti Shahidan, Osu dan Ghani tidak perlu dilantik kerana tidak dikehendaki oleh sebahagian besar ahli parti.

"Mereka terbukti tidak berkesan untuk berkhidmat kepada Umno. Shahidan misalnya seperti seorang pelawak. Kenyataannya sering memalukan parti dan kerajaan. Contoh terbaru, isu bayaran royalti minyak kepada Terengganu.

"Tidak dinafikan Ghani berkelayakan tinggi tetapi tindak-tanduk politiknya tidak menunjukkan beliau berminat untuk mengukuhkan Umno, sebaliknya lebih sibuk dengan politik peribadinya untuk mengenepikan Muhyiddin Yassin. Osu Sukam tidak perlu dilantik kerana wakil dari Sabah dalam MT sudah ramai," tegas seorang ketua bahagian Umno dari Selangor.

Sementara itu seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan pula berkata, tindakan Dr. Mahathir melantik calon-calon yang tewas dalam pemilihan agung Umno dan muka-muka baru tidak mengejutkan sama sekali. Sebaliknya ia menunjukkan sikap beliau yang suka mencabar ahli-ahli parti.

"Keputusan Dr. Mahathir kali ini tidak mengejutkan. Beliau sudah banyak kali melawan tradisi. Sebelum perhimpunan agung Umno beliau telah membuat keputusan supaya dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

"Kemudian beliau melarang calon-calon daripada berkempen dan selepas itu memperlekehkan perwakilan seperti budah-budak sekolah dengan menghalau mereka pulang kerana datang awal sebelum perhimpunan berlangsung.

"Kali ini beliau melakukannya sekali lagi kerana dia tahu tahu ahli-ahli Umno sekarang seperti 'kerbau dicucuk hidung'. Mereka tidak akan membantah apa yang dilakukannya. Oleh sebab itu beliau berani melantik sesiapa sahaja yang disenangi walaupun ahli-ahli akar umbi telah menolak tokoh berkenaan," tambahnya.

Menurut beliau, Presiden Umno itu lebih mempercayai tokoh-tokoh yang lemah dan telah ditolak oleh rakyat kerana dengan cara ini lebih mudah beliau mengawal partinya.

Pensyarah sains politik itu juga berpendapat, walaupun tindakan Dr. Mahathir itu bertujuan membawa input-input baru ke dalam parti terutamanya berkaitan dengan usaha untuk memikat golongan muda dan wanita serta menyatukan parti setelah retak akibat pemilihan tempoh hari, namun ia juga kemungkinan boleh membawa kesan-kesan negatif.

"Senjata yang digunakan ini boleh 'makan tuan'. Ia mungkin akan menyemarakkan lagi persaingan antara kumpulan Tengku Razaleigh dengan puak Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Anuar Musa. Nampaknya Dr. Mahathir cuba mengambil hati para penyokong Ku Li. Ia juga mungkin menegangkan lagi hubungan Ghani dengan Muhyiddin kerana masing-masing mahu melebarkan pengaruh.

Datuk Seri Rafidah Aziz juga tentunya tidak menyenangi perlantikan musuhnya, Dr. Siti Zaharah. Nampaknya Dr. Mahathir terus mempraktikkan strategi pecah dan perintah, jelas beliau lagi.

Perlantikan tiga orang wanita ke dalam MT kali ini juga jelas menunjukkan Dr. Mahathir tunduk kepada desakan Wanita Umno. Dalam perbahasan di perhimpunan tersebut, perwakilan wanita menyuarakan kekesalan mereka terhadap sikap perwakilan Umno yang tidak memilih calon-calon wanita dalam MT. Lantas mereka mendesak Presiden Umno supaya menimbangkan pelantikan beberapa tokoh wanita menganggotai majlis tersebut.

Dr. Mahathir juga cuba memenangi hati para penyokong Dr. Siti Zaharah dengan melantik bekas Ketua Wanita yang hanya tewas dengan 12 undi di tangan Rafidah itu. Perlantikan Azalina, seorang peguam dan pejuang hak-hak wanita pula dilihat sebagai satu strategi untuk memikat golongan wanita profesional dan muda untuk mendekati Umno.

Presiden Umno itu sedar Muslimat PAS menerusi beberapa orang tokoh berkelulusan profesional, misalnya Dr. Lo' Lo' Ghazali, menjadi ancaman terhadap pengaruh Wanita Umno, oleh itu tokoh-tokoh baru seperti Azalina, dan Dr. Nooraesah perlu diketengahkan untuk mengimbangi pengaruh Muslimat PAS.

Banyak pihak dalam wanita Umno tidak menyenangi perlantikan Azalina yang cuma seorang ahli biasa di peringkat cawangan Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur itu. Peguam muda yang mempunyai tali pinggang hitam tae kwan do itu tidak pernah dikenali di kalangan wanita Umno sebelum ini.

Bagaimanapun kehendak Dr. Mahathir mengatasi segala-galanya. Umno dan Dr. Mahathir yang terdesak terpaksa terus melawan tradisi. Dan ahli-ahli Umno akan terus setia dan akur.

Comment disabled for this story.
OR

Welcome back,

Your subscription expires on
  

Your subscription will expire soon, kindly renew before
  

Your subscription is expired
  Click here to renew

You are not subscribed to any subscription package
  Click here to subscribe now

Any questions?
  Email: [email protected]
  Call: +603-777-00000

Renew