Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Palsu: Polis Perak nafi ‘senarai lagu dihalang' di pub India
Diterbitkan:  Sep 20, 2023 1:31 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Polis Perak menafikan kononnya terdapat senarai lagu-lagu yang ada unsur-unsur jenayah dan gangsterisme yang dilarang dimainkan di premis India di negeri itu.

Menurut Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri, senarai yang diedarkan di media sosial itu adalah tidak benar.

"Senarai itu tidak benar dan palsu. Kami sedang siasat (siapa yang sebarkan senarai itu)," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi melalui WhatsApp.

Senarai itu, yang tertera logo Polis Diraja Malaysia, menyenaraikan hampir 20 lagu India, termasuk dari Kollywood (filem Tamil) dan karya artis India tempatan.

Mengikut senarai palsu itu, lagu-lagu itu mempunyai unsur-unsur jenayah dan berkaiatan kumpulan haram, justeru adalah dilarang.

Ia termasuk beberapa lagu dari filem kultus superstar Rajinikanth "Baasha", serta lagu bertemakan cinta yang tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah atau gangsterisme.

"Sekiranya didapati premis ini memainkan lagu-lagu ini, lesen akan ditarik balik dan tindakan akan diambil terhadap pemilik dan pengunjung premis semasa serbuan," menurut pekeliling palsu yang dikaitkan dengan bahagian D7 (Anti-Maksiat, Perjudian dan Pertubuhan Rahsia) ibu pejabat polis Perak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS