Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Abim buat laporan pada Jawi, gesa mulakan siasatan kes qazaf
Diterbitkan:  Sep 22, 2023 3:56 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap pihak yang melakukan qazaf.

Dalam kenyataan medianya, Abim dan PKPIM tidak menyebut secara khusus kes yang dirujuknya.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan ia berkaitan tindakan anggota  parlimen Putrajaya Radzi Jidin melontarkan perkataan “Tambun peliwat” dalam parlimen tiga hari lalu.

Difahamkan, laporan juga dibuat susulan status Facebook bekas pegawai kanan seorang pemimpin Bersatu.

“Amaran keras terhadap perbuatan sedemikian telah ditegaskan dalam Islam yang mana hikmahnya untuk mendidik umat sentiasa saling membela maruah dan harga diri seseorang daripada sebarang fitnah ataupun jenayah qazaf mempunyai hukuman yang sangat berat terhadap kesaksian penuduhnya,” kata Naib Presiden Abim Zairudin Hashim.

Qazaf adakah kesalahan syariah menuduh seseorang berzina, terlibat dalam kegiatan liwat dan menafikan nasab tanpa empat orang saksi yang adil atau pengakuan dituduh.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat liwat tidak termasuk dalam kategori itu.

Abim berkata, berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997, jika disabitkan kes itu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Zairudin mengingatkan bahawa hukuman qazaf disyariatkan kerana Islam menggesa penjagaan maruah daripada perkara-perkara yang mencemar dan memburukkannya

“Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab menyatakan bahawa pensyariatan Qazaf adalah bagi memelihara masyarakat Islam daripada terjebak ke lembah kehinaan akibat daripada tuduh-menuduh dalam soal kelucahan dan begitu mudah mengungkapkannya,” katanya.

Abim juga menyeru rakyat Malaysia menolak sama sekali amalan “politik murahan yang keji dan jelik seperti ini” kerana ia hanya akan merosakkan moral masyarakat.

“Negara yang kita cintai ini harus dibangunkan berasaskan kepada praktik politik matang yang mementingkan realisasi gagasan idealisme untuk dimanfaatkan oleh rakyat,” tambahnya.

Anwar pada 2015 pernah memfailkan aduan qazaf kepada peguam Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, kes itu tidak berjaya apabila Mahkamah Rayuan Syariah dua tahun selepas itu menolak rayuannya untuk mengambil tindakan terhadap Shafee.

Hakim Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tuduhan liwat tidak terpakai dalam kes qazaf bawah Seksyen 36 kerana undang-undang bawah seksyen itu hanya memperuntukkan kes pertuduhan zina.

Anwar pada 2015 pernah memfailkan aduan qazaf kepada peguam Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menuduhnya meliwat bekas pembantu Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, kes itu tidak berjaya apabila Mahkamah Rayuan Syariah dua tahun selepas itu menolak rayuannya untuk mengambil tindakan terhadap Shafee.

Hakim Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tuduhan liwat tidak terpakai dalam kes qazaf bawah Seksyen 36 kerana undang-undang bawah seksyen itu hanya memperuntukkan kes pertuduhan zina.

Di mahkamah sivil pula, Anwar di menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah berhubung kes liwat.

Pada 2018, Yang di-Pertuan Agong ketika itu Sultan Muhammad V Memberikannya pengampunan penuh diraja, menyebabkan dia dibebaskan serta-merta.

Anwar menyifatkan pertuduhan terhadapnya sebagai konspirasi politik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS