Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam politik istilah 'tanggapan' adalah amat penting. Begitu juga halnya dengan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang dianggap 'berkuasa' dalam kerajaan dan dalam parti kerana dia merupakan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dan tanggapan itu nampaknya seperti berasas. Selepas pilihanraya umum 2004, Khairy dikatakan berjaya 'memujuk' bapa mentuanya itu yang juga Presiden Umno, supaya membuka ruang kepada pemimpin muda memegang jawatan penting dalam pentadbiran pusat dan negeri.

Ekoran itu, sebilangan pemimpin muda mendapat tempat. Contohnya, di Kedah, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Azimi Daim dilantik sebagai ahli Exco kerajaan negeri. Begitu juga dengan bekas exco Pemuda Umno, Datuk Dr Zamry Abd Kadir di Perak manakala Datuk Dr Adham Baba dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS