Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Sulu: Hari penting buat Malaysia, Stampa diheret ke mahkamah
Diterbitkan:  Dec 11, 2023 11:28 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Menteri Azalina Othman Said menyifatkan hari ini sebagai hari yang penting buat Malaysia apabila Gonzalo Stampa akan dituduh di Mahkamah Tinggi Madrid Madrid, Sepanyol.

Stampa ialah penimbang tara yang yang menganugerahkan pampasan sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Azalina berkata Stampa berdepan pertuduhan serius menghina mahkamah dan amalan profesional tidak layak oleh pendakwa awam Sepanyol dan Malaysia kerana beberapa kali mengendahkan keputusan Mahkamah Tinggi Keadilan Madrid.

“Stampa telah diberitahu banyak kali bahawa dia dia telah dibatalkan sebagai penimbang tara, tetapi dia masih memutuskan dan memberikan anugerah penimbang tara selepas berpindah kerusi ke Paris.

“Dia dibayar sebanyak AS$2,500,000 untuk keputusan itu. 

“Tingkah lakunya ini tidak pernah berlaku dalam sistem timbang tara antarabangsa,” kata Azalina.

Azalina Othman Said

Dalam kenyataan di media sosialnya, Azalina berkata pertuduhan jenayah terhadap Stampa akan menjadi permulaan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sebenar dalam anugerah “penipuan” bernilai $14.9 bilion itu.

“Malaysia sepenuhnya percaya pada sistem keadilan Sepanyol,” katanya.

Azalina semalam berkata Mahkamah Madrid sendiri yang menyiasat dan mengemukakan pertuduhan ke atas Stampa dan jika didapati bersalah dia akan akan dikenakan hukuman penjara dan didenda.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan berikutan permohonan agresif dan berterusan kerajaan Malaysia, katanya dalam temu bual dengan media secara atas talian.

Azalina semalam dilapor berada di London untuk fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.

Dia akan berjumpa dengan peguam-peguam lantikan kerajaan Malaysia dalam menyangkal taktik dan hujahan mereka secara menyeluruh.

Azalina juga menyifatkan apa diumumkan Stampa itu sebagai satu “fraud award” kerana mahkamah yang melantiknya sebagai penimbang tara menarik balik balik pelantikan itu.

Malaysia dalam proses membatalkan anugerah akhir AS$14.9  itu.

Dalam usaha untuk menguatkuasakan award akhir itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik negara di Perancis (termasuk kedutaan).

Pada 2019, kumpulan itu dilaporkan memulakan tindakan perundangan di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS