Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafee: Tiada tempoh menunggu untuk mohon pengampunan

Peguam Shafee Abdullah menyifatkan tempoh menunggu sebelum permohonan untuk mendapatkan pengampunan adalah "mengarut".

Bercakap dalam forum berkenaan reformasi pengampunan hari ini, dia mendakwa undang-undang tidak memperuntukkan tempoh menunggu seumpama itu.

Katanya lagi, ia juga menjadi asas hujah dalam permohonan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Shafee, Najib menyatakan yang mahkamah gagal memberikan perbicaraan yang adil kepadanya - termasuk dalam proses merayu.

Menurutnya, Najib turut berkata: "Saya ada hak untuk pengampunan sejak hari pertama. Saya tak perlu dipenjara walau sehari".

"Itulah hujahnya. Jadi persoalan tentang anda perlu jalani hukuman selama tiga, empat tahun sebelum memohon pengampunan adalah mengarut kerana perundangan pun tidak menyatakannya.

"Undang-undang menyatakan...anda ada hak untuk memulakan (permohonan) pengampunan seawal yang ia boleh dilakukan," kata Shafee.

Dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini pada September 2022, Tommy Thomas - bekas peguam negara yang memulakan proses undang-undang terhadap Najib - berkata menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman sebelum permohonan dibuat adalah satu kelaziman, bukannya undang-undang.

Menurutnya, ia merupakan langkah praktikal bagi menghalang lambakan permohonan memandangkan Lembaga Pengampunan hanya bermesyuarat tiga atau empat kali setahun, dengan 10 permohonan diberi pertimbangan bagi setiap mesyuarat.

Sementara itu, Shafee mempertahankan ketetapan bahawa pengampunan diraja tidak boleh dicabar mahkamah.

Dia berkata, ia membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berdasarkan sebarang parameter asalkan ia memenuhi nurani baginda.

Katanya lagi, kuasa pengampunan terletak pada bagaimana ia memberikan kuasa kepada Agong untuk mengambil kira kaedah yang tiada pada mahkamah.

"Apabila proses kehakiman tamat, seluruh proses kehakiman tamat untuk seseorang itu, di sinilah belas kasihan bermula.

"Dan ia bermula dengan mekanisme pengampunan. Atas sebab inilah kita tidak boleh mengubah mekanisme ini kepada satu lagi mahkamah di mana anda boleh melakukan semakan kehakiman terhadap Agong," katanya lagi.

Menurutnya, sistem seumpama itu akan menjadikan pengampunan diraja sebagai satu jenaka dan menambah pengampunan diraja di United Kingdom juga tidak boleh dicabar di mahkamah.

Shad Saleem Faruqi

Bagaimanapun, profesor undang-undang Shad Saleem Faruqi yang turut menjadi panel, berkata sistem untuk dapat berfungsi di England kerana negara itu tiada perlembagaan bertulis.

Manakala ia tidak sesuai untuk Malaysia, di mana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, katanya.

AG, menteri tak patut jadi anggota lembaga

Antara reformasi yang dicadangkan Shad Saleem adalah berhubung anggota lembaga, terutama peguam negara (AG) dan mentei wilayah memandangkan kedua-duanya dilantik perdana menteri.

Felo kanan Singapore Institute of International Affairs Oh Ei Sun juga senada dengannya, menambah yang AG tidak seharusnya menganggotai lembaga itu.

Katanya, memandangkan AG berperanan sebagai pendakwa raya, dia atau pegawai di bawahnya terlibat dalam sabitan pesalah yang memohon pengampunan.

Shad Saleem berkata bagi menjamin ketelusan, hujah lembaga dalam membuat keputusan juga patut dibentangkan kepada umum.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS