Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tawaran hidup semula kerjasama MN: PAS tak ikhlas - Zahid
Diterbitkan:  Feb 25, 2024 9:00 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan PAS supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

“Kami tidak fikir mereka ikhlas dalam buat tawaran itu kerana yang keluar dari MN bukan Umno tetapi mereka.

"Mereka menikam kami dari belakang, mereka lakukan kerenah melebihi daripada apa yang kita setujukan.

“Saya tidak rasa mereka ikhlas dalam buat tawaran itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di Cyberjaya hari ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata beliau yakin kerjasama antara parti itu dan Umno masih boleh dihidupkan kembali melalui MN.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama yang dibentuk pada 14 Sept 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS