Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zaid: Bertenang, tiada siapa seberuntung bumiputera
Diterbitkan:  Mar 2, 2024 9:51 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim percaya bahawa tidak ada sebab untuk bimbang dengan pendedahan bahawa hanya satu daripada 97 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dalam tempoh tiga tahun lepas adalah milik bumiputera.

“Bumiputera/Melayu umumnya tidak perlu terlalu risau. Di negara ini, bumiputera menguasai segala-galanya. Ia mempunyai kerajaan bumiputera, Petronas dan bank terbesar adalah bumiputera. PNB memiliki semua konglomerat penting untuk bumiputera. Khazanah dan ratusan GLC adalah bumiputera.

“Biar promoter Cina mendapat perhatian. Biarkan mereka menjadi pemilik syarikat tersenarai. Lagipun, siapa tahu di sebalik senarai pemilikan benefisial itu, terdapat kaitan dengan kepentingan lain dalam dunia korporat bawah tanah negara? Tak ada yang mustahil.

“Kepada orang Melayu, sila bertenang. Pemimpin kita melakukan segala-galanya untuk kita, semua perkara duniawi. Tiada kumpulan di dunia ini yang seberuntung bumiputera,” katanya di Facebook.

Bercakap di Kongres Ekonomi Bumiputera semalam, Pengerusi Bursa Malaysia Abdul Wahid Omar berkata situasi itu sepatutnya memberi kesedaran untuk bumiputera bangkit.

Dalam menangani sebab gagal mencapai keputusan walaupun enam dekad melaksanakan pelbagai dasar untuk memperkasakan bumiputera, Wahid berkata punca utama kegagalan ialah tumpuan diberikan kepada sektor awam tetapi bukan sektor swasta.

Dalam konteks KDNK, pengerusi Bursa Malaysia itu berkata sektor awam hanya menyumbang 17.8 peratus kepada ekonomi manakala sektor swasta 76.2 peratus.

Sementara itu, Zaid berkata kenyataan Wahid pada kongres itu boleh difahami.

“Maklumlah, seorang pemimpin Melayu, apabila mewakili atau berucap di kongres bumiputera, mesti menyampaikan ucapan yang sewajarnya kepada hadirin yang datang dari jauh untuk mendengar bagaimana mereka boleh diselamatkan. Anda perlu cemas dan mengambil berat tentang masa depan yang suram, dan anda perlu dilihat sebagai penyelamat,” katanya.

Bagaimanapun, Zaid berkata ada satu perkara yang perlu dibimbangkan oleh bumiputera.

“Itulah yang diceritakan oleh nenek moyang kita 500 tahun dahulu. ‘Jaga lah pagar; supaya pagar tidak makan padi’,” katanya lagi.

Sebelum ini, Zahid berkata tiada apa yang berguna atau relevan akan muncul daripada kongres tiga hari itu untuk golongan bawahan kerana dasar di Malaysia tidak memenuhi keperluan mereka.

Lihat Komen
ADS