Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pindaan kewarganegaraan dibentangkan untuk bacaan kali pertama
Diterbitkan:  Mar 25, 2024 4:00 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

PARLIMEN l Selepas perbahasan dan pelbagai kritikan, cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai undang-undang kewarganegaraan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen dan dijadualkan untuk bacaan kedua dan ketiga pada persidangan kali ini, yang akan berakhir pada Khamis.

Antara yang dicadangkan, termasuk dua pindaan yang memberi hak sama rata kepada ibu Malaysia untuk memberikan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.

Pindaan ini adalah merujuk kepada Perkara 14(1)(b), Seksyen 1(b) dan 1(c) Bahagian II Jadual Kedua.

Pada masa ini, seksyen tersebut hanya membenarkan kerakyatan automatik kepada anak-anak yang dilahirkan selepas 16 Sept 1963 (Hari Malaysia) di luar negara jika bapa mereka adalah warganegara Malaysia, dan bukan jika ibunya sahaja adalah warganegara Malaysia.

Cadangan pindaan Bahagian II Jadual Kedua itu juga memperuntukkan hak sama kepada kanak-kanak lahir di luar Persekutuan yang ibunya ketika kelahiran adalah rakyat tempatan untuk memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

Seterusnya, ia bagi memasukkan seksyen baharu 3 ke dalam Bahagian II Jadual Kedua, menghendaki individu berusia 18 tahun ke bawah yang memperoleh kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang untuk mengangkat sumpah apabila mencapai umur 18 tahun.

Selain itu, ia bagi meminda Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua untuk memperuntukkan kanak-kanak terdampar.

Pindaan lain termasuk semakan kepada Fasal 2 Perkara 15 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur permohonan kewarganegaraan daripada 21 kepada 18 tahun, selaras usia mengundi di negara ini dan takrif kanak-kanak seperti diperuntukkan Akta Umur Dewasa 1971.

Ia juga bertujuan meminda bagi mengenakan syarat tambahan untuk mempunyai pengetahuan mencukupi dalam bahasa Melayu kepada mana-mana wanita bersuami yang membuat permohonan kewarganegaraan melalui pendaftaran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS