Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gaji bukan lagi punca utama orang berhenti kerja - tinjauan
Diterbitkan:  Apr 17, 2024 1:25 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Pakej gaji bukan lagi punca utama untuk pekerja kekal dengan sesebuah syarikat, menurut satu tinjauan.

Kesimpulan itu dibuat susulan tinjauan Panduan Gaji Asia Hays 2024 melibatkan 2,800 pekerja, merangkumi 2,014 pekerja profesional berkemahiran dan 832 pekerja biasa.

Tinjauan mendapati pekerja kini mahu mencari cabaran baru, bukan lagi kerana pakej gaji sedia ada yang rendah.

Dalam tinjauan enam minggu pada tahun lalu itu, pekerja yang mahu berhenti diminta menyenaraikan tiga sebab utama mereka meninggalkan jawatan sedia ada.

Bagi yang meneruskan kerja sedia ada, tinjauan mendapati waktu kerja anjal menjadi faktor utama, bukan pertimbangan gaji.

Faktor-faktor lain dinyatakan termasuk keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi serta hubungan dengan atasan serta rakan sekerja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS