Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas IGP Hanif Omar meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 20, 2024 8:20 AM
Dikemaskini: 1:55 AM

Bekas ketua polis negara, Hanif Omar meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Berita Harian melaporkan kematian allahyarham disahkan anak lelakinya, Abdul Rahmat Omar, yang memaklumkan di media sosial bapanya meninggal dunia pada jam 2.15 pagi hari ini.

Allahyarham Hanif berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara ke-4 dari Jun 1974 hingga Januari 1994.

Dia dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 16 Januari 1939.

Hanif merupakan Ketua Polis Negara paling lama berkhidmat di Malaysia. Antara kes yang pernah dikendalikannya ialah krisis tebusan bangunan AIA oleh pengganas Tentera Jepun Merah (JRA) pada 1975.

Dia juga merupakan Ketua Polis Negara semasa Ops Lalang pada akhir tahun 1987 yang menayksikan penahanan ramai aktivis, ahli politik pembangkang, dan intelektual yang ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lihat Komen
ADS