Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nasib petani: Kerajaan digesa bantu lebih banyak

Menjadi seorang pesawah sememangnya mencabar terutama dengan mengusahakan tanaman yang berisiko tinggi dengan cabaran seperti cuaca ekstrem dan jadual menuai sering tidak menentu, kata petani di Kedah, Abdul Rashid Yob.

“Jadual penuaian kami mungkin bila-bila masa saja sekarang. Kita boleh katakan bahawa ia di luar sasaran (jangkaan) kita.

“Ini bermakna jika dulu kami menuai pada Dis dan Januari, kini kami menuai pada Mac,” katanya kepada Malaysiakini.

Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) itu menambah keadaan tersebut menyebabkan purata hasil petani menuruh separuh atau kira-kira tiga hingga empat tan metrik sehektar, berbanding sasaran sekitar tujuh hingga lapan tan.

"Sudah empat musim keadaan ini berlaku," katanya.

Malaysia sedang bergelut dengan memperkasa keterjaminan makanannya, dengan harapan kini ialah untuk negara mencapai kadar sara diri dan bebas daripada bergantung kepada beras import.

Setakat 2022, kadar sara diri beras negara ialah 62.6 peratus.

Abdul Rashid berkata keadaan terkini dihadapi pesawah menyebabkan mereka memperoleh pendapatan yang terhad, apatah lagi apabila kelompok terbabit bergantung sepenuhnya kepada kegiatan menanam padi.

Abdul Rashid Yob

Dia menjelaskan bahawa kemorosotan hasil bawah tujuh tan sehektar membawa kepada kerugian besar kepada pesawa kerana kos yang digunakan pula meningkat.

"Masalah pesawah menjadi lebih buruk apabila seseorang petani dikatakan sering menghadapi kerugian kewangan sehingga 60 hingga 70 peratus," keluhnya.

Pesawah miskin, tua, di samping harga siling beras, isu-isu itu telah menyebabkan tekanan yang ketara kepada mereka dan industri pertanian padi.

“Sebab petani sekarang secara purata majoritinya bukan B40 tetapi lebih rendah daripada itu malah sebahagian daripada golongan miskin tegar,” katanya.

Tambah Abdul Rashid, bagi seorang petani yang mengusahakan tanaman dua hektar tanah sawah hanya akan memperoleh keuntungan sekitar RM400 hingga RM600 apabila menuai.

Kategori B40 terdiri daripada isi rumah Malaysia dalam 40 peratus terbawah berpendapatan dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM4,850.

"Kami bimbang kerana apabila pendapatan petani berkurangan dan kos terus meningkat, mereka tidak dapat mencari dana untuk meneruskan penanaman padi," katanya.

Menurut Abdul Rashid padi merupakan tanaman yang sangat berisiko kerana ia mudah dijangkiti penyakit, perubahan cuaca dan banjir.

Walaupun pesawah mendapat banyak insentif daripada kerajaan, dia berpendapat pihak berkuasa perlu lebih banyak membantu mereka, seperti dengan menubuhkan pasukan petugas.

"Salah satu perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah memikirkan bagaimana untuk menarik minat belia (terhadap sektor penanaman padi)," katanya.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS