Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sekat kumpulan bela Beng Hock hampiri parlimen
Diterbitkan:  Jul 15, 2024 12:26 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Sekumpulan aktivis yang menuntut keadilan atas kematian mendiang Teoh Beng Hock disekat daripada menghampiri bangunan parlimen di ibu negara.

Polis dan anggota sukarelawan Rela membuat rantaian manusia bagi kira-kira 100 meter sebelum pagar parlimen.

Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-Ada) asalnya mahu menyerahkan memorandum di pagar mahkamah.

Bagaimanapun mereka diberitahu supaya mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dahulu.

Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor daripada DAP, meninggal dunia dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2009.

Saksi SPRM itu ditemui mati setelah jatuh daripada bangunan. Pada 2011, suruhanjaya siasatan diraja memutuskan dia didorong untuk membunuh diri berikutan siasatan oleh SPRM.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan sebulat suara memutuskan bahawa kematian Teoh disebabkan oleh perbuatan orang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM yang menyoalnya semalaman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS