Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembuli siber patut dipenjarakan bukan hanya denda, kata ibu Esha
Diterbitkan:  Jul 18, 2024 11:23 AM
Dikemaskini: 3:23 AM

Ibu kepada mangsa buli siber, Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha, percaya penjenayah yang menyebabkan anak perempuannya membunuh diri sepatutnya dipenjarakan dan bukannya hanya didenda.

Ini susulan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang menghukum seorang pemilik rumah kebajikan dengan denda maksimum RM100 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikaitkan dengan buli itu.

Ibu Esha, R Puspa dilaporkan meluahkan rasa dukacitanya terhadap hukuman itu dan lebih mengecewakan lagi apabila melihat tertuduh P Shalini tersenyum ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

“Hati saya hancur kerana Shalini tersenyum dan berjalan keluar dengan yakin. Mereka yang melakukan kesalahan berjalan bebas, dan yang melakukan yang betul akan terkubur,” kata Puspa, seperti dipetik portal berita Scoop.

Tambah lagi, ibu yang bersedih itu mengeluh bahawa hukuman itu seolah-olah memberitahu sesiapa sahaja boleh terlepas daripada kesalahan buli siber hanya dengan membayar denda yang kecil.

“Mereka sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih berat. Saya tidak mengatakan mereka harus dihukum mati, tetapi mereka harus dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun,” kata Puspa dilaporkan sebagai berkata.

Kelmarin, dilaporkan majistret Kuala Lumpur S Arunjothy menjatuhkan hukuman maksimum denda RM100 terhadap Shalini, 35, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS