Pemuda Umno buat laporan polis
Pergerakan Pemuda Umno Negeri Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan perusuh yang didakwa membakar Jalur Gemilang dalam kejadian rusuhan di Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, pada malam Sabtu lalu.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Terengganu, Razali Idris berkata, pihaknya membuat laporan bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup membakar bendera negara sendiri, demikian menurut laporan Bernama.
"Kami cadangkan supaya mereka yang terlibat ini dilucutkan kerakyatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 3.40 petang.
Dalam kejadian yang bermula jam 10 malam itu, kira-kira 600 orang dipercayai terdiri daripada parti pembangkang merusuh menyebabkan 23 orang ditahan dan tujuh orang termasuk empat anggota polis cedera akibat dipukul dan dibaling dengan pelbagai objek seperti batu, besi, kayu dan botok kaca serta bom molotov.
Menurut Bernama, kejadian itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak mengeluarkan permit untuk mengadakan ceramah di Batu Buruk