PAS minta Majlis Raja-Raja tubuh suruhanjaya siasat rusuhan
PAS mempunyai bukti rakaman video seorang anggota polis berpakaian preman berjalan ke arah orang ramai, sambil memegang pistol, semasa insiden rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 8 September lalu, kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.
PAS mempunyai bukti rakaman video seorang anggota polis berpakaian preman berjalan ke arah orang ramai, sambil memegang pistol, semasa insiden rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 8 September lalu, kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau berkata, rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki sedang keluar dari kedai makan sambil memegang pistol ke arah orang ramai.
"Rakaman tersebut dibuat semasa kejadian rusuhan dan kita akan mengedarkannya tidak lama lagi," katanya selepas menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja, meminta supay ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden tersebut.
Nasharuddin menyerahkan memorandum tersebut kepada Penyimpan Besar Majlis Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang juga Setiausaha Majlis Raja-Raja, di pejabatnya di ibu negara kira-kira jam 4 petang tadi.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi.
Nasharudin berkata, dalam memorandum tersebut, PAS antara lain, meminta Majlis Raja-Raja menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat kejadian tersebut.
Tidak konsisten
"Menitahkan kerajaan segera duduk berbincang dengan PAS demi agama, bangsa dan negara bagi menyelesaikan kekeruhan yang berpunca dari insiden tersebut," katanya.
Sementara itu, Salahuddin berkata, PAS tetap percaya satu konspirasi telah dirancang untuk menimbulkan rusuhan pada malam tersebut.
Katanya, yang menghairankan ialah mengapa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tidak menangkap orang yang membakar bendera Malaysia walaupun mereka berada berhampiran.
Syed Azman pula mempertikaikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakub yang tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.
"Sekali kata anggota polis yang melepaskan tembakan itu adalah dari FRU, kemudian kata Pasukan Gerak Am (PGA). Saya percaya beliau hendak menyorok kejadian sebenar," katanya.
Tujuh orang tercedera dalam insiden tersebut, termasuk empat anggota polis dan dua ahli PAS yang terkena tembakan seorang anggota polis.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.