Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jika Umno terima kembali, bolehkah KJ, Hisham patuh pada parti ? - Puad
Diterbitkan:  Dec 8, 2024 9:54 AM
Dikemaskini: 1:54 AM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi, mempersoalkan apakah Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein akan mengamalkan semangat berpasukan sekiranya mereka kembali ke pangkuan parti itu.

Dalam satu hantaran di Facebook, Puad menegaskan bahawa isu utama adalah kesetiaan mereka dan kepatuhan kepada konsensus parti, bukannya ancaman terhadap presiden, Ahmad Zahid Hamidi.

"Tidak timbul Zahid terancam jika KJ dan Hishammuddin kembali ke pangkuan Umno. KJ pernah lawan Zahid (untuk) jawatan presiden. Apa ada hal.

"Masalah utama ialah jika hukuman terhadap KJ dan Hishammuddin batal, apakah mereka boleh mengamalkan semangat berpasukan, team work, patuh konsensus parti dan tidak sign SD lain? Itu sahaja,” tulis Puad.

Khairy dipecat daripada Umno pada Januari tahun lalu, manakala Hishammuddin dan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Suffian digantung selama enam tahun.

Mengulas lanjut, Puad juga mempersoalkan sama ada kedua-dua ahli politik itu telah membuat rayuan berhubung tindakan terhadap mereka.

“Janganlah tunggu pelawaan atau ‘permaidani merah.’ Tidak perlu jadikan Zahid sebagai alasan. Ingkar keputusan parti adalah punca utama. Itu yang melemahkan parti,” katanya.

Pada 26 Nov lalu, Umno menarik balik penggantungan terhadap bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta merta.

Tajuddin yang digantung kerana mengkritik Ahmad Zahid dan Umno menyatakan kekesalan secara terbuka dan telah membuat merayu berhubung penggantungannya.

Khairy baru-baru berkata hatinya sentiasa bersama Umno namun menegaskan tidak mahu kembali kepada parti itu semata-mata untuk menjadi ‘pak turut’.

Khairy berkata, kepulangan kepada Umno boleh dibincangkan jika parti itu boleh menerima idealismenya untuk menjadikan ‘Umno yang lebih baik’.

“Jika saya diterima kembali untuk jadi pak turut saja, saya fikir tidak perlu lah,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan.

“Kalau anda boleh terima saya seadanya, dan saya juga terima disiplin parti, saya rasa ada sesuatu yang boleh kita bincangkan nanti,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS