Most Read
Most Commented
Read more like this

Selepas pengarang Harakah dibawa ke mahkamah, kini seorang lagi penulis politik dihadapkan ke kandang orang salah. Tidak cukup mengharamkan dua majalah pimpinannya, kini kerajaan menyeret Ahmad Lutfi Othman ke mahkamah magistret pada 22 November depan.

[#1]Penerbitan Pemuda[/#], Lutfi sebagai Pengarah Urusan syarikat, dikehendaki hadir atas tuduhan menerbit tanpa permit sebuah tabloid tidak berkala, Haraki , dengan tajuk utama "Black 14 capai target."

Tindakan ini sebagai susulan rampasan Kementerian Dalam Negeri sebanyak lebih 500 naskhah tabloid itu pada Mei lalu. Rampasan itu dibuat di pejabatnya di Gombak, tidak jauh dari Universiti Islam Antarabangsa.[#2] [Pejabat 'Haraki' diserbu KDN[/#], 9 Mei]

Turut dirampas dalam tempoh itu, beberapa majalah tanpa permit yang diusahakan oleh penulis wanita berbakat dan berani, Suria Janib.

Hingga kini bahan-bahan terbitan tidak berkala yang dipimpin Lutfi sentiasa menerima rampasan di beberapa tempat.

Sementara itu, majalah reformasi , Detik dan majalah remaja Wasilah yang dipimpin oleh bekas aktivis pelajar ini diharamkan masing-masing pada Disember tahun lalu dan September lalu.

Lutfi juga dalam proses dikenakan tindakan saman sebanyak RM30 juta daripada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Ia berkaitan sebuah rencana dalam tabloid Adil .

Kes saman terhadap wartawan veteran MGG Pillai baru sahaja diketahui keputusan muktamad tidak lama dulu. Beliau dikehendaki membayar saman hampir RM3 juta (termasuk kos-kos lain) kepada tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan. [#3][Journalist given 14 days to pay up RM3 million[/#], 8 Sept]

'Jumpa kamu di mahkamah'

Sementara itu, wartawan Far Eastern Economic Review , Murray Hiebert masih lagi mengingati saat-saat terkurung di penjara Malaysia selepas menulis rencana "See you in court" ('Jumpa kamu di mahkamah'), mengulas kes saman isteri seorang Ketua Hakim Mahkamah Rayuan apabila anaknya tidak dipilih menyertai pasukan debat di sekolah.

Kes Zulkifli Sulong masih dalam proses perbicaraan. Bagaimanapun, syarikat percetakan Harakah itu telah mengaku bersalah dan dikenakan denda RM4,000. Keadaan ini menambahkan kebingungan kepada anak muda aktivis parti Islam itu.[#4] [Pencetak 'Harakah' didenda RM4,000[/#], 22 Mei]

Berita sedih yang menimpa Lutfi ini menjelma tidak lama selepas Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) mula melancarkan kempen besar-besaran terhadap KDN dan juga orang ramai dalam isu kebebasan akhbar.

Bulan lalu, KAMI termasuk saya mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Antara isu utama yang dibentangkan kepada badan bebas itu ialah kuasa mutlak yang ada pada Menteri Dalam Negeri dan KDN untuk berbuat apa sahaja terhadap penerbit, pengarang, penulis dan syarikat percetakan.

KAMI telah mengemukakan tujuh usul pokok untuk diberikan fokus dalam perjuangan kebebasan media di negara ini, antaranya Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (Pindaan 1987). [#5][Suhakam cabar kualiti Musa[/#], 7 Ogos]

KDN tidak beri permit

Kini, Lutfi akan ditarik hidung ke mahkamah atas akta ini, seksyen 5(1)(a), iaitu kesalahan menerbitkan dan mengedar bahan-bahan bercetak tanpa permit KDN. Tetapi kementerian itu sendiri menolak tanpa sebarang alasan beberapa permohonan beliau untuk mendapatkan permit. Nasib Suria juga sama!

Apabila diminta tidak dapat, tetapi apabila menerbitkan tanpa permit dianggap kesalahan. Apakah ini keadilan jenis berkaki empat?

Dalam menjalankan tugas kewartawanannya, Lutfi juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1989, menjelang pertemuan ketua-ketua negara Komanwel (CHOGM) di negara ini.

"Kalaulah tidak kerana CHOGM, mungkin saya kena lebih lama," cerita Lutfi, pengalamannya ditahan selama dua minggu.

Lutfi juga pemimpin pelajar yang lantang dan menonjol kira-kira 15 tahun lalu dan akibatnya dipecat daripada Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Memang, sejak Detik berkubur, semangat Lutfi untuk membawa isu ini ke depan masyarakat semakin meluap-luap. Ia dilipat-gandakan sejak Wasilah menerima nasib yang sama.

Alamak, nampaknya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan diisytiharkan [#5]"musuh akhbar paling teruk"[/#] (the worst enemy of press) sekali lagi tahun depan. Sudah[#6] dua[/#] tahun berturut-turut namanya dimasukkan dalam senarai pemimpin dunia "terhebat" menindas wartawan dan media.

Tetapi apalah erti pengisytiharan musuh akhbar kalau wartawan harus berdiri di kandang orang salah semata-mata untuk menulis dan berkarya?


Sertailah kempen KAMI untuk memperjuangkan kebebasan akhbar dan suara rakyat di negara ini. Sebarang pertanyaan berhubung KAMI, sila emelkan kepada[#7] [email protected][/#] atau[#8] [email protected][/#]


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS