Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri boleh isytihar sebarang tempat sebagai penjara, termasuk rumah
Diterbitkan:  Mar 6, 2025 1:53 PM
Dikemaskini: Mar 7, 2025 5:35 AM

Tahanan rumah boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan undang-undang baharu.  

Menteri undang-undang Azalina Othman Said, berkata menurut Pejabat Peguam Negara, Akta Penjara memberi kuasa kepada menteri dalam negeri untuk mengisytiharkan mana-mana rumah, bangunan, atau tempat sebagai penjara.

“Dengan kata lain, menteri mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan suatu rumah sebagai

tempat yang sah untuk menahan banduan, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan bawah Akta Penjara 1995,” katanya.

Azalina Othman Said

Jawatan menteri dalam negeri kini disandang oleh Saifuddin Nasution.

Azalina  berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu tahu sama ada undang-undang Malaysia membenarkan tahanan rumah, khususnya berkaitan kes Najib Razak.  

Najib kini terlibat dalam pertikaian di mahkamah untuk ditempatkan bawah tahanan rumah, yang dikurniakan kepadanya melalui titah tambahan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.  

Titah tersebut adalah tambahan kepada perintah mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap Najib dalam kes SRC International.  

Terdapat persoalan sama ada tambahan itu sah, kerana ia dikeluarkan di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan. 

Azalina memberitahu Lim bahawa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang membincangkan pengampunan terhadap Najib telah dinyahklasifikasi untuk pertikaian di mahkamah.  

“Sekiranya banduan tidak mematuhi syarat lesen atau melanggar syarat tersebut, mereka boleh dikenakan denda atau dipenjarakan semula,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS