Daily Mirror mohon maaf pada Hadi Awang
Akhbar tabloid British - Daily Mirror - telah memohon maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tersalah melaporkan beliau sebagai pemimpin al-Qaeda dan seorang tahanan di Guantanamo Bay.
Akhbar tabloid British - Daily Mirror - telah memohon maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tersalah melaporkan beliau sebagai pemimpin al-Qaeda dan seorang tahanan di Guantanamo Bay.
Berikutan itu, Abdul Hadi menerima gantirugi sebanyak RM500,000 dari tabloid berkenaan, kata Setiausaha Politik presiden PAS itu, Syed Azman Syed Ahmad kepada AFP hari ini.
"Beliau menerima kira-kira RM500,000 dan permohonan maaf secara terbuka oleh Daily Mirror . Mereka telah mengaku kesilapan mereka," kata Syed Azman.
Katanya, presiden PAS itu masih berada di London untuk memuktamadkan penyelesaian tersebut.
Pada 1 Mei lalu, Daily Mirror telah menyiarkan gambar Abdul Hadi dalam sebuah artikel mengenai rancangan seorang pengganas untuk meletupkan pusat membelibelah Bluewater di Kent.
Ia menyebut Abdul Hadi sebagai pemimpin ketiga Al-Qaeda dan berkata dia telahpun ditangkap dan kini ditahan di Guantanamo Bay.
Dalam permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya, Daily Mirror berkata: "Ini tidak benar dan gambar itu telah tersalah siar. Artikel kami sebenarnya merujuk kepada orang lain, Abdul Hadi al Iraqi."
"Encik (Abdul Hadi) Awang bukan dan tidak pernah menjadi ahli al-Qaeda...Encik (Abdul Hadi) Awang tidak pernah disoal atau ditangkap berhubung dengan keganasan, atau ditahan di Guantanamo Bay," katanya.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.