Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemillihan PKR: Juruaudit bebas sahkan sistem e-Undi berfungsi baik
Diterbitkan: ย May 7, 2025 8:46 PM
โ‹…
Dikemaskini: 12:46 PM

Juruaudit bebas yang dilantik untuk menilai pemilihan peringkat cabang dan ranting PKR melaporkan bahawa sistem e-undi berfungsi dengan berkesan, walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Dalam ringkasan eksekutif laporan audit digital dan siasatan forensik, Yinuo Technology berkata penilaian melibatkan semakan terhadap sistem, keselamatan, protokol, dan kebolehpercayaan operasi, dengan tumpuan khusus kepada elemen Know Your Customer elektronik (e-KYC), aplikasi pengundian, dan sistem sokongan berasaskan blockchain.

โ€œAudit terhadap keseluruhan proses pengundian dan tingkah laku pihak terlibat tidak menemui sebarang bukti kukuh berlakunya salah laku atau penyelewengan. Prosedur audit dalaman juga telah disemak dan didapati dilaksanakan dengan memuaskan.

"Beberapa masalah kecil seperti paparan nombor calon yang tidak betul, mesej aplikasi yang mengelirukan, dan perbezaan masa telah dikenal pasti dan dianalisis. Namun, masalah ini hanya melibatkan paparan antaramuka (interface) dan tidak menjejaskan sistem pengiraan undi atau keputusan undi sebelum ini, "kata firma itu.

Pihak pembangun sistem turut memberikan analisis punca utama dan melaksanakan penyelesaian dengan segera.

Yinuo Technology menyimpulkan bahawa sistem e-undi berjaya mencapai matlamat utamanya, iaitu merekod dan mengira undi secara selamat dan telus.

Walaupun beberapa aspek antaramuka pengguna dan konsistensi dalaman perlu ditambah baik, sistem tersebut menunjukkan tahap daya tahan dan integriti yang tinggi, tambahnya.

Cadangan Rafizi

Dalam kenyataan hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan beberapa cadangan untuk menambah baik sistem berkenaan menjelang pemilihan pusat akan datang.

Cadangan tersebut termasuk:

- Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;

- Melindungi versi kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ) yang dimuat naik di pelayan awan (๐˜ค๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;

- Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต) dengan menyemak log muat naik (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin.

Rafizi berkata: "JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai"

Dia turut melampirkan pautan kepada laporan audit dan analisis pasca-audit yang mengetengahkan dakwaan kelemahan dalam sistem undi digital.

Ramai dari kem Rafizi tewas di cabang

Ramai calon yang merupakan penyokong Rafizi tewas kepada ahli biasa dalam pemilihan peringkat cabang yang berlangsung antara 11 hingga 20 April.

Antaranya Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (tewas di Setiawangsa),; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Nasir (Johor Bahru) dan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail (Shah Alam).

Adun Rawang, Chua Wei Kiat (Selayang) dan Menteri Sabah Christina Liew (Kota Kinabalu) turut mengalami kekalahan.

Keputusan ini membawa kepada rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Namun selepas mesyuarat pada 4 Mei yang membentangkan dapatan audit, bantahan tersebut dilihat semakin reda.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR kemudiannya memutuskan untuk menerima keputusan tersebut dan meneruskan pemilihan pusat pada 23 Mei.

Isu dalam laporan pasca-audit

Susulan analisis audit, semakan teknikal bebas mengenal pasti beberapa dakwaan kelemahan dalam sistem e-undi.

Laporan tersebut ditugaskan kepada calon PKR Puchong yang tewas, Anbarasan Murugesu.

Penilaian teknikal dijalankan oleh dua pakar IT, Tham Chin Seng dan Tan Tung Ai, yang memiliki kelayakan berkaitan.

โ€œPenilaian kami mendapati beberapa kelemahan dan kelompongan besar dalam pelaksanaan dan pelaporan audit rasmi.

โ€œBeberapa item penting dalam senarai semak audit asal seperti pengesahan proses hujung ke hujung, semakan kod sumber, analisis log pelaksanaan pelayan, semakan integriti pangkalan data, dan rekonsiliasi data undi hanya dilaksanakan sebahagian atau tidak langsung,โ€ kata mereka.

โ€œMalah, audit tersebut gagal menyediakan bukti sokongan terhadap tingkah laku sistem yang penting seperti analitik kegagalan sistem, kaedah persampelan, dan hasil ujian penerimaan pengguna. Kelemahan ini menimbulkan keraguan serius terhadap kebolehpercayaan dan kelengkapan dapatan audit.โ€

Mereka turut menyatakan bahawa beberapa risiko yang boleh menjejaskan keadilan, ketelusan, dan ketepatan proses pengundian seperti kegagalan penghantaran OTP, kerosakan aplikasi, dan kekeliruan antaramuka pengguna telah diremehkan atau tidak disiasat secara menyeluruh.

Mereka mendakwa laporan minoriti sebelum ini mengetengahkan isu-isu ini dan menggesa penelitian lebih mendalam, namun audit rasmi dikatakan memperkecilkan kepentingan isu tersebut tanpa bukti mencukupi.

Dalam kesimpulannya, Tham dan Tan mencadangkan audit semula secara terfokus, dan memberi amaran bahawa jika semakan tambahan ini gagal mengesahkan integriti sistem, proses pengundian semula mungkin diperlukan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS