Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis rakam keterangan pemimpin pelajar UMS
Diterbitkan:  May 23, 2025 5:43 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Polis semalam mengambil keterangan ketua pergerakan pelajar Sabah berhubung bantahan kumpulan itu terhadap pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri baru-baru ini.

Fadhil Kasim yang mengetuai kumpulan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu selepas setiausaha sulit Musa membuat laporan polis terhadapnya dan kumpulan terbabit.

Ia susulan sidang media pergerakan itu minggu lalu untuk mengumumkan rancangan mereka mengadakan protes aman dua hari di Kota Kinabalu dan menyenaraikan beberapa siri bantahan dan tuntutan mereka.

“Rakaman percakapan mengambil masa sekitar 30 minit. Sebelum menurunkan tandatangan, sempat saya semak terdapat 17 soalan diajukan kali ini, lebih rendah jumlahnya berbanding 39 soalan tempoh hari.

“Soalan terfokus terhadap tuntutan keempat dalam Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0, selain soalan mengenai laporan berita Malaysiakini dan pendirian Suara Mahasiswa UMS,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Tuntutan keempat yang disebut Fadhil merujuk kepada bantahan kumpulan terbabit terhadap pelantikan Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Menjawab soalan dikemukan polis, aktivis terbabit berkata dia menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah untuk menolak untuk menjawab, sebaliknya akan memberi keterangan di mahkamah.

Malaysiakini sudah menghubungi polis Kota Kinabalu untuk mendapatkan komen mereka.

Sementara itu, dalam kenyataan sama Fadhil turut mengecam Musa dan pembantunya kerana membuat laporan terhadap pergerakan itu.

“Kami hanya mengadakan sidang media, tetapi mereka sudah pergi melaporkan kepada polis.

"Sejak Musa menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Canselor UMS, krisis air di universiti kami semakin teruk. (Tetapi) dia hanya akan melawat UMS apabila ada acara besar," katanya.

Pada 17 Mei lalu, Fadhil dan pemimpin pergerakan lain mengadakan sidang media mengumumkan rancangan mereka untuk menganjurkan perhimpunan itu pada 21 dan 22 Jun.

Kumpulan itu menyebut empat tuntutan sebagai asas protes.

Pertama, mereka mahu UMS mengheret Jabatan Air Negeri Sabah ke mahkamah berhubung masalah bekalan yang berlarutan di universiti berkenaan.

Kumpulan itu juga menuntut pengasingan kuasa sepenuhnya dalam pelantikan ketua SPRM, dan agar kerajaan menggubal undang-undang yang lebih kukuh terhadap rasuah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS