Paling Popular
Terkini

Seorang penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan menggesa kerajaan menyemak semula harga ubat di Malaysia memandangkan ia adalah isu kritikan yang perlu diberi perhatian segera.

Ketua Kesihatan IA International Assistance, Dr Aneil Moorthy, berkata ketiadaan harga siling atau kerangka kawal selia terhadap kos ubat-ubatan merupakan satu kelemahan serius.

Dia menegaskan bahawa jika kerajaan mengambil pendekatan sambil lewa, ia akan membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

“Ketika ini, kekurangan pemantauan membolehkan syarikat farmaseutikal, hospital swasta dan farmasi menetapkan harga runcit mereka sendiri.

“Ini sering menyebabkan kenaikan harga yang ketara, di mana dalam sesetengah kes, caj ubat-ubatan boleh mencecah antara 20 hingga 25 peratus daripada jumlah keseluruhan bil perubatan,” kata Aneil dalam ucapan utama di sebuah forum di Universiti Malaya hari ini.

Forum bertajuk :Counting the Cost of Care: Can Malaysia Make Healthcare Affordable Again?” itu dianjurkan oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai pelajar sebagai kesinambungan kepada Forum Penjagaan Kesihatan Kebangsaan yang diadakan awal tahun ini.

Aneil menambah bahawa amat penting untuk melaksanakan ketelusan secara menyeluruh, termasuk memperjelaskan harga pengilangan, pengedaran, kos dan harga jualan ubat-ubatan.

“Adalah tidak berkesan jika hanya mewajibkan paparan harga ubat-ubatan di klinik dan hospital.

“Langkah sebegitu, walaupun nampak telus, sebenarnya tidak menyelesaikan punca utama kepada masalah harga ubat yang tinggi,” katanya.

Difahamkan, Aneil merujuk kepada pelaksanaan Perintah Paparan Harga Ubat di fasiliti penjagaan kesihatan swasta dan farmasi, yang sebelum ini mendapat tentangan daripada sesetengah pengamal perubatan swasta (GP).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS