Kerajaan pertimbang tempatkan polis di sekolah
Diterbitkan: Oct 17, 2025 4:13 PM | Dikemas kini: Oct 17, 2025 4:51 PM
Putrajaya sedang menimbangkan untuk menempatkan anggota polis di sekolah-sekolah seluruh negara susulan peningkatan insiden keganasan di institusi pendidikan, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat kabinet hari ini, Fahmi berkata perkara itu dibincangkan dalam konteks peranan pasukan polis yang “sentiasa hadir” di lapangan.
“Langkah ini bertujuan memastikan kehadiran polis di sekolah berfungsi sebagai isyarat bahawa sekolah-sekolah kita adalah tempat yang selamat,” katanya.
Menurut Fahmi yang juga menteri komunikasi kenyataan penuh mengenai perkara itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam masa terdekat.
[Berita penuh menyusul]
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/04/1f9da94078a3bb26e02a410e9d999a04.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.