PAS dakwa k'jaan menuju ke arah 'negara polis'
PAS menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mula bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya melihat beberapa insiden yang berlaku semalam dengan penuh kebimbangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, bekas menteri besar Terengganu itu juga menegaskan bantahan sekeras-kerasnya PAS terhadap apa yang berlaku itu.
"Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan perisitwa hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 Sepetember, 2007 lal
PAS menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mula bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya melihat beberapa insiden yang berlaku semalam dengan penuh kebimbangan.
Dalam satu kenyataan hari ini, bekas menteri besar Terengganu itu juga menegaskan bantahan sekeras-kerasnya PAS terhadap apa yang berlaku itu.
"Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan perisitwa hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 Sepetember, 2007 lalu.
"Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan kesemua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin," kata Abdul Hadi.
Azman dan Suwandi yang cedera terkena tembakan dalam perhimpunan di Batu Buruk pada 8 September lalu, di dituduh sengaja menyebabkan kecederaan anggota polis, Wan Abdul Aziz Wan Omar di Jalan Sultan Mahmud, Batu Buruk, Terengganu.
Mereka berdua juga didakwa bersama 18 orang lain ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis menjalankan tugas.
Menurut Abdul Hadi lagi, kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam kejadian tersebut.
Dalam kes ini, kata Abdul Hadi PAS juga berdukacita atas keputusan Peguam Negara yang bertindak sendiri sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di peringkat Mahkamah Sesyen ini.
Cemar rekod hak asasi
"Kedua: Penangkapan terhadap lima orang peguam dan tiga aktivis yang sedang meraikan hari Hak Asasi Sedunia di Kuala Lumpur anjuran Majlis Peguam Malaysia pagi semalam.
"Turut ditahan adalah seorang ahli Majlis Peguam kerana menghalang pihak DBKL dari menurunkan sepanduk perayaan tersebut," katanya.
Menurut Abdul Hadi, tindakan pihak polis melakukan penangkapan dalam majlis aman dan memperingati "Hari Hak Asasi Sedunia" seumpama ini sudah pasti mencacatkan lagi rekod hak asasi negara yang telah sedia tempang dan tercemar.
"Ketiga: Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu di Ipoh, ketika beliau sedang membawa rombongan perkahwinan anak perempuan beliau di sana.
"Beliau ditahan kononnya kerana menyertai perhimpunan haram," kata Abdul hadi.
Berikutan tindakan-tindakan ini, kata beliau, PAS menganggap kerajaan pimpinan Abdullah bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan kita.
Sehubungan itu, Abdul Hadi menyeru semua ahli PAS di seluruh negara, khasnya diperingkat kawasan agar menunaikan solat hajat dipimpin oleh para ulamak peringkat masing-masing.
Solat hajat itu, tambah beliau, adalah untuk memohon "kehadrat Allah SWT agar menghapuskan segala bentuk kezaliman ini dan menyelamatkan kita semua dan negara tercinta ini dari angkara buruk kerajaan Barisan Nasional yang jelas membelakangkan demokrasi dan hak asasi itu".

