RTM memutuskan untuk menghentikan siri animasi "Santiago of The Seas" yang disiarkan di saluran TV2 tetapi menafikan ia mengandungi unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti didakwa.
Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam satu kenyataan berkata tindakan itu bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan dan bagi tujuan penelitian lanjut.
"Berdasarkan laporan penilaian kandungan dan semakan yang telah dilaksanakan, tiada perlaku atau kemesraan yang menggambar hubungan pasangan sejenis mahupun sebarang elemen yang menujurus ke arah itu.
"Namun, bagi memastikan tiada elemen yang boleh menimbulkan keraguan atau aktivi masyarakat, RTM telah menghentikan siaran animasi berkenaan untuk membuat penelitian lanjut keseluruhan kandungan siri tersebut," katanya.

Siri animasi itu disiarkan setiap Ahad pada 10 pagi di TV2.
Terdahulu, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap penyiaran kartun 'Santiago of The Seas' yang mempunyai karakter songsang dan mempromosi agenda LGBT.
Ketua Penerangannya, Mohd Nor Hamzah, berkata penyakit songsang tersebut tidak sepatutnya dinormalisasi dalam negara, apatah lagi enyasarkan kanak-kanak .
"Serangan halus kelompok pendukung LGBT ini semakin sukar untuk dikesan dan meresap secara halus ke dalam pemikiran kanak-kanak.
"Langkah tersebut adalah strategi jangka panjang untuk merosakkan pemikiran mereka dengan ideologi LGBT sekaligus membentuk komuniti yang akhirnya menerima ideologi tersebut pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Siri Santiago of the Seas, yang sebahagiannya diterbitkan di Malaysia, dan mendapat perhatian kerana kaitannya dengan industri animasi tempatan.
Sebahagian besar kerja animasi dan CGI telah disiapkan oleh Lemon Sky Studios, sebuah syarikat Malaysia, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.
Bagaimanapun dalam kartun itu, watak bernama “Martín” dikategorikan sebagai watak LGBTQ+ (lelaki mermaid). Dia adalah watak yang berkahwin dengan “Río”, bapa kepada “Lorelei” iaitu watak utama kartun berkenaan.
Hubungan mereka dipaparkan dalam episod khas yang ditayangkan pada Julai 2023.
Walaupun rancangan prasekolah itu menekankan nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat Latino / Carrbbean, namun ada pihak yang mengaitkannya dengan elemen seks atau perhubungan romantik eksplisit.
