Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes guru ponteng: Kerajaan belum bayar ganti rugi pada pelajar – peguam

Kerajaan belum membayar satu sen pun ganti rugi yang diperintahkan mahkamah berjumlah ratusan ribu ringgit kepada tiga pelajar Sabah yang menyaman guru mereka kerana ponteng sejak kes itu diputuskan pada 2023.

Peguam Sherzali Herza Asli, yang mewakili Rusiah Sabdarin, Nur Natasha Allisya Hamali, dan Calvina Angayung, mengesahkan tiada perintah penangguhan pelaksanaan diberikan untuk menangguhkan pembayaran.

Dalam sidang media hari ini, dia juga mengesahkan kerajaan tidak merayu terhadap keputusan itu.

“Kerajaan tidak membayar satu sen pun kepada anak guam saya (dan) ini hanya boleh bermakna satu perkara; kerajaan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap anak guam saya dan, secara tidak langsung, kita semua.

“Di mana ‘reformasi’ yang dijanjikan oleh kerajaan Madani? Mana dia?” tanya Sherzali.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dua tahun lepas memutuskan kemenangan memihak kepada tiga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi, Kota Belud, yang menyaman seorang guru Bahasa Inggeris selepas didakwa tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan pada 2015.

Mahkamah memutuskan tiga pelajar terbabit dinafikan hak perlembagaan masing-masing untuk mengakses pendidikan dan hakim memerintahkan mereka diberikan pampasan RM50,000 setiap seorang akibat trauma.

Selain Mohd Jainal Jamran sebagai guru Bahasa Inggeris; turut dinamakan sebagai defendan ialah mantan pengetua sekolah Suid Hanapi; Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud, Pengarah Pendidikan Sabah, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan Malaysia, dan kerajaan Malaysia.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS