Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Azam dikaitkan, Azam siasat, Azam putuskan’ - Peguam dakwa konflik kepentingan

Peguam Albert Tei mendakwa terdapat "konflik kepentingan yang serius" melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dalam siasatan terhadap ahli perniagaan itu.

"Nama Azam turut muncul dalam video. SPRM kini menjalankan siasatan.

“Jadi, kepada siapa mereka akan melaporkan hasil siasatan itu?” soal Mahajoth Singh kepada pemberita di kompleks mahkamah Putrajaya hari ini.

Tei dan bekas setiausaha politik perdana menteri Shamsul Iskandar hari ini dibawa ke hadapan majistret bagi permohonan reman.

Mahajoth Singh

Sementara itu, merujuk kepada Seksyen 7 (pelantikan pegawai lain suruhanjaya) dan 11 (kewajipan pegawai suruhanjaya) Akta SPRM, dia berkata laporan kes akhirnya akan kembali kepada Azam.

"Maka wujud keadaan pelik, Azam yang didakwa terlibat, Azam yang menyiasat, dan akhirnya Azam juga yang membuat keputusan," kata Mahajoth kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini.

Mahajoth berkata demikian ketika mengulas dakwaan seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong bahawa Shamsul bertemu Azam untuk menyelesaikan kes yang melibatkan Tei.

Shamsul (kiri) dan Tei ketika dibawa ke hadapan majistret pagi tadi

Sebelum ini, Tei memberitahu Malaysiakini bahawa dia membelanjakan RM629,000 untuk Shamsul selepas mendakwa diyakinkan dia boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

Shamsul meletakkan jawatan dalam pejabat Anwar Ibrahim tidak lama selepas portal ini menghubunginya untuk mendapatkan respons.

Dia juga membuat laporan polis terhadap Tei berhubung video mendakwa perdana menteri memberi lampu hijau untuk membuat rakaman rahsia itu.

Ketiga-tiga mereka–Sofia, Shamsul dan Tei–kini sedang ditahan SPRM.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS