Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan tujuh akta utama berkaitan harta intelek (IP) akan dipinda tahun depan.

Ketua pengarahnyaYusnieza Syarmila Yusoff berkata pindaan itu bertujuan memperkukuh perlindungan IP, serta memastikan Malaysia seiring dengan piawaian antarabangsa dan perkembangan industri kreatif serta teknologi.

Tambahnya, keperluan itu timbul selepas termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART) pada Oktober lalu, yang membuka peluang pasaran lebih luas.

“Malaysia perlu memastikan sistem IP kita dihormati bukan sahaja di dalam negara, tetapi juga di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu acara di Petaling Jaya pagi tadi.

Tujuh akta itu ialah:

  1. Akta Hak Cipta 1987

  2. Akta Cap Dagangan 2019

  3. Akta Paten 1983

  4. Akta MylPO 2002

  5. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

  6. Akta Petunjuk Geografi 2022

  7. Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000

Ditubuhkan pada 2003, MylPO adalah agensi kerajaan bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) yang bertanggungjawab mentadbir sistem harta intelek negara.

Tanggungjawab itu meliputi pengurusan hak cipta, paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geografi melalui proses pendaftaran, penguatkuasaan, promosi serta pembaharuan undang-undang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS