BERITA

Johari: Hanya orang Islam boleh guna perkataan 'Allah'

Soon Li Tsin

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Jan 2008, 10:21 pagi

Perkataan 'Allah' hanya boleh digunakan dalam agama Islam dan bukan untuk agama-agama yang lain, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum.

Ditanya mengapa syarat baru dikenakan terhadap akhbar mingguan Katholik - Herald - apabila permit penerbitannya hendak diperbaharui, Johari berkata, ia bertujuan untuk mengelak sebarang kekeliruan.

“Hanya orang Islam boleh menggunakan ‘Allah’. Ia perkataan dalam Islam. Ianya dari (bahasa) Arab. Kita tidak boleh biarkan agama lain menggunakannya kerana ia boleh mengelirukan orang ramai," katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita tidak benarkan penggunaan 'Allah' dalam penerbitan bukan Islam, orang lain tidak boleh, kecuali bagi orang Islam. Perkataan 'Allah' digunakan oleh Katholik. Itu tidak betul," katanya.

PELAN AKSES PENUH
bermula dari

~RM12

sebulan
Langgan Sekarang
Anda boleh batalkan langganan pada bila-bila masa.
Baca berita tanpa had melalui web dan aplikasi
Sebutkan pendapat anda melalui komen
Simpan berita untuk dibaca kemudian
Pembayaran melalui
Warga emas atau pelajar? Dapatkan harga istimewaPelan Kumpulan / Institusi / Korporat
Sudah Langgan?
Log Masuk

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.