SPRM menahan seorang pegawai tertinggi IJM Corporation Bhd di tengah-tengah siasatan terhadap dakwaan skim pengubahan wang haram melibatkan RM2.5 bilion, menurut satu laporan.
Free Malaysia Today memetik sumber SPRM yang menyatakan bahawa penangkapan itu dibuat susulan serbuan di tiga lokasi baru, iaitu rumah pegawai tersebut, sebuah syarikat pengurusan dana dan sebuah bank pelaburan.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa SPRM sedang menyiasat dua pegawai syarikat itu, selepas Pejabat Penipuan Serius (SFQ) UK melancarkan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah yang melibatkan transaksi pelaburan berbilion ringgit yang dikaitkan dengan kedua-dua individu tersebut.
Bulan lalu, ia membekukan lebih RM15 juta dan menyoal siasat sembilan individu sebagai sebahagian daripada siasatan.
[Laporan penuh menyusul]
