Most Read
Most Commented
mk-logo
Driving Transformation
10 panduan penerbangan untuk perjalanan lancar

Musim perayaan kembali lagi! Ramai akan mengambil peluang untuk bertemu keluarga serta memulakan percutian yang telah lama dirancang. Namun, di sebalik kemeriahan tersebut, tempoh ini juga merupakan waktu paling sibuk bagi lapangan terbang.

Kesibukan perjalanan dijangka lebih ketara berikutan sambutan perayaan yang berlangsung secara berturutan seperti Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan, sekali gus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan dalam tempoh yang hampir sama. Tanpa persediaan yang teliti, suasana terminal yang padat boleh menjadikan pengalaman perjalanan lebih mencabar dan meletihkan. Oleh itu, perancangan awal amat penting.

Berikut merupakan panduan lengkap yang dikongsikan oleh Malaysia Airports bagi membantu memudahkan perjalanan cuti anda.

5 persediaan ringkas sebelum terbang

1. Datang awal ke lapangan terbang
Semasa musim cuti, jumlah penumpang meningkat dan setiap urusan boleh mengambil masa lebih lama. Oleh itu, penumpang disarankan tiba lebih awal bagi melengkapkan proses daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat dengan lebih tenang. Jika tersedia, daftar masuk dalam talian untuk menjimatkan masa.

2. Pantau status penerbangan
Jadual penerbangan boleh berubah pada bila-bila masa. Muat turun aplikasi MYAirports atau aplikasi syarikat penerbangan anda untuk mendapatkan maklumat terkini secara masa nyata supaya sebarang perubahan dapat diketahui lebih awal dan pergerakan di terminal menjadi lebih mudah.

3. Susun dokumen perjalanan dengan kemas
Pastikan pasport, pas masuk penerbangan dan kad pengenalan sentiasa mudah dicapai. Ini membantu mempercepatkan proses pemeriksaan dan mengurangkan masa beratur.

4. Ikuti prosedur keselamatan
Pemeriksaan keselamatan dilakukan untuk melindungi semua penumpang. Dengar arahan petugas dan beri kerjasama penuh agar proses berjalan lebih cepat dan teratur.

5. Kemas bagasi secara bijak dan ringan
Semak peraturan tentang cecair dan barangan larangan sebelum berlepas. Elakkan membawa barang berlebihan bagi mengurangkan masalah semasa pemeriksaan keselamatan. Beg yang dikemas dengan rapi memudahkan perjalanan dan menjadikan percutian lebih menyeronokkan.

5 perkara perlu dielakkan semasa penerbangan

1. Bergurau mengenai isu keselamatan
Lapangan terbang merupakan kawasan kawalan keselamatan yang ketat. Gurauan berkaitan bom atau ancaman boleh diambil serius oleh pihak berkuasa dan berpotensi menjejaskan rancangan perjalanan serta membawa implikasi undang-undang.

2. Membawa barangan larangan
Elakkan membawa barangan yang dilarang atau disekat kerana ia boleh dirampas semasa pemeriksaan dan menyebabkan kelewatan. Semak senarai barangan larangan lebih awal sebelum ke lapangan terbang.

3. Meninggalkan bagasi tanpa pengawasan
Bagasi yang ditinggalkan tanpa pengawasan boleh mencetuskan amaran keselamatan dan menimbulkan kekeliruan di terminal. Sentiasa pastikan beg berada berhampiran anda.

4. Mengabaikan pengumuman rasmi
Pengumuman di lapangan terbang mengandungi maklumat penting seperti perubahan pintu pelepasan, kelewatan dan notis semasa. Beri perhatian agar anda tidak terlepas sebarang kemas kini.

5. Jangan biarkan kelewatan mencetuskan tekanan
Kelewatan penerbangan boleh berlaku, terutama pada musim sibuk. Kekal tenang dan gunakan masa menunggu dengan aktiviti ringan seperti membaca atau berehat supaya pengalaman perjalanan kekal positif.

Tanggungjawab Bersama
Perjalanan udara yang lancar bukan hanya tanggungjawab pihak lapangan terbang, tetapi juga setiap penumpang. Dengan sentiasa berwaspada, bertimbang rasa dan mematuhi peraturan keselamatan, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri malah membantu mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih baik untuk semua.

Malaysia Airports komited menyediakan persekitaran yang selamat, cekap dan mesra kepada setiap penumpang. Para penumpang digalakkan untuk mengikuti garis panduan rasmi serta sentiasa peka terhadap maklumat terkini. 

Untuk maklumat terkini perjalanan dan informasi lapangan terbang, penumpang boleh merujuk saluran media sosial rasmi Malaysia Airports, Facebook, Instagram dan Twitter serta aplikasi MYAirports.


Siri Memacu Transformasi ini adalah hasil kerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS