Kemungkinan Iran menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sedang dibincangkan di Tehran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik laporan media Iran pada Sabtu.
Badan kerajaan berkaitan, termasuk parlimen, kini giat mempertimbangkan penarikan diri, lapor Agensi Berita Tasnim separa rasmi Iran.
Dalam catatan di X, Timbalan Teheran Malek Shariati berkata "rancangan kecemasan untuk menyokong hak nuklear" Iran mempunyai tiga bidang utama.
Ini termasuk pengisytiharan penarikan diri daripada NPT, pembatalan undang-undang tindakan balas dalam melaksanakan perjanjian nuklear Iran 2014 dan sokongan untuk perjanjian antarabangsa baharu dengan negara-negara yang sependapat bagi pembangunan teknologi nuklear yang aman, termasuk Shanghai dan blok BRICS Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan lain-lain.
Kemungkinan penarikan diri itu timbul susulan seluruh wilayah dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Feb, yang telah membunuh lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.
Walaupun penganalisis berkata AS tidak jelas objektifnya dalam perang berkenaan, Washington telah lama membantah Iran memperkaya bahan nuklear kepada gred senjata.
Iran bertindak balas terhadap serangan itu dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS.
Konflik menyebabkan kematian, kerosakan infrastruktur dan gangguan pada pasaran global dan penerbangan.
- Bernama-Anadolu
