Amerika Syarikat (AS) telah memulakan operasi untuk membersihkan Selat Hormuz, yang merupakan laluan perkapalan global yang kritikal, kata Presiden AS Donald Trump pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami kini memulakan proses membersihkan Selat Hormuz sebagai bantuan kepada negara-negara di seluruh dunia, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Perancis, Jerman dan banyak lagi," kata Trump menerusi hantaran di aplikasi Truth Social.
Beliau menegaskan bahawa periuk api laut merupakan satu-satunya ancaman yang masih ada bagi kapal-kapal yang melalui selat berkenaan, sambil menambah bahawa kesemua 28 kapal penabur periuk api milik Iran kini "berada di dasar laut."
Kenyataan Trump itu dibuat ketika delegasi AS dan Iran sedang mengadakan rundingan yang diperantarakan Pakistan di Islamabad, bertujuan menamatkan konflik serantau yang lebih luas di tengah-tengah gencatan senjata sementara selama dua minggu yang diusahakan awal minggu ini.
- Bernama - Anadolu
