Ketua Pesuruhjaya SPRM yang bakal menamatkan perkhidmatan, Azam Baki mempersoalkan motif di sebalik penganjuran protes terhadap agensi anti-rasuah itu, sambil menyifatkan tindakan berkenaan dibuat oleh individu bermasalah yang ingin memenuhi kepentingan peribadi.
Azam, yang kontraknya tamat esok, mendakwa mereka yang mengadakan demonstrasi di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya dihantui masalah sendiri, sama ada dalam bentuk isu emosi atau perkara berkaitan undang-undang.
“Senang saja, semua tu ada masalah, semua orang itu orang bermasalah, pelbagai masalah. Masalah dia sendiri dia sendirilah, mungkin masalah dia kena siasat, masalah emosi, dan dia lihat tempat sasaran paling bagus SPRM.
“Mereka semua adalah orang yang bermasalah - macam-macam masalah. Mungkin masalah sedang disiasat, atau masalah emosi, dan mereka fikir sasaran terbaik adalah SPRM.
“Ada yang dah kena tuduh di mahkamah, depan pejabat ini dia berhimpun, jadi mengharapkan simpati agaknya supaya kes dia boleh ditarik balik, agaknya begitu kot, saya susah nak baca,” katanya dalam satu sesi podcast yang disiarkan hari ini.

Menggesa orang ramai untuk menilai sendiri tindakan tersebut, Azam menggambarkan bahawa mereka yang terlibat dalam protes itu terlupa makan ubat, yang menyebabkan mereka merasa ‘depress’ atau tertekan.
Terdahulu dalam episod yang dihoskan oleh pengarah bahagian komunikasi strategik agensi itu, Hisyam Mohd Yusoff, Azam disoal mengenai pandangan terhadap mereka yang kononnya cuba menggugat kestabilan SPRM dengan mengeluarkan kritikan, mengadakan protes, dan membuat laporan polis.
Sebagai tindak balas, Azam menekankan bahawa memandangkan pengkritik sedemikian yang lazimnya berhadapan dengan masalah sendiri, kebanyakannya berkaitan dengan isu yang sedang disiasat oleh SPRM, mereka sekadar mahu mempengaruhi persepsi awam terhadap sistem penguatkuasaan sedia ada.
“Jadi kalau tuan-tuan masyarakat semua nak percaya kepada mereka ni silakanlah.

“Saya kekal remain di sini pegawai saya kekal steadfast dalam menjalankan tugas kita Pedulikan saya dah siapkan pegawai saya pedulikan semua-semua tomahan yang liar ini ,” katanya.
Azam juga mendakwa terdapat kurang sambutan terhadap salah satu perhimpunan di luar ibu pejabat SPRM, dengan berkata: Saya ingat kot-kot 30,000 (peserta, tapi) adalah 30 orang, yang ramai itu pemberita, polis dan sebagainya
Walaupun Azam tidak menujukan komennya kepada mana-mana perhimpunan secara khusus, kira-kira 50 penunjuk perasaan yang diketuai oleh ahli perniagaan Albert Tei berkumpul di luar ibu pejabat agensi anti-rasuah itu pada 27 Feb untuk menuntut penangkapan Azam.
Protes itu menampilkan pelbagai penceramah yang mengketengahkan dakwaan terhadap Azam dan SPRM, seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Bloomberg, yang kini berdepan saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Azam.

Tei, yang mendedahkan skandal rasuah perlombongan Sabah pada 2024, didakwa pada Disember tahun lepas kerana memberi rasuah kepada Shamsul Iskandar Akin, bekas pembantu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Satu perhimpunan Tangkap Azam Baki juga diadakan di pusat bandar bulan lepas, dengan kira-kira 1,000 peserta - termasuk bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli .
Sementara itu, Azam hari ini berkata walaupun SPRM berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai agensi penguatkuasaan yang dihormati di seluruh dunia, sesetengah pihak dalam masyarakat enggan mengakui prestasi baik suruhanjaya itu.
Menegaskan bahawa SPRM berjaya menjalinkan hubungan dengan negara-negara yang menganggap diri mereka kelas atasan dan memilih dengan siapa mereka mahu memeterai perjanjian, Azam juga menganggap kehendak politik sebagai aspek penting dalam kemampuan SPRM untuk menjalankan tugas dengan berkesan.

“Jadi bila kadang-kadang masyarakat nampak tentang kejayaan tetapi tak nak iktiraf, tak apa, tapi jangan memburuk-burukkan kita sebab saya nak katakan bukti laporan oleh media, khususnya media arus perdana menunjukkan tentang bukti tentang kejayaan SPRM satu persatu,” katanya.
Walaupun menerima kritikan daripada pihak tertentu, Azam menegaskan bahawa dari segi sokongan awam, agensi anti-rasuah itu berada dalam keadaan baik.
“Tetapi yang pentingnya kalau setakatlah secara random di mana-mana saya jumpalah bagi mereka yang betul-betul positif. Positive thinking ini maknanya mereka tidak ada agenda bukan-bukan yang sengaja nak mereka-reka cerita.
“Mereka kebanyakan terutama sekali daripada sektor awam dan juga rakan-rakan peniaga nampaknya menyokong tindakan kita dalam tempoh 3 tahun lepas sehingga sekarang,” katanya.
Mengakui bahawa SPRM dan tindakannya akan sentiasa dinilai oleh orang ramai, Azam berkata dia melatih pegawainya untuk menganggap kritikan tersebut sebagai petunjuk tentang isu yang memerlukan penambahbaikan.
