Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN dakwa sedang di depan dengan 33 kerusi
Diterbitkan:  Jul 11, 2026 7:15 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Pemimpin BN mula berkongsi malumat tidak rasmi berkaitan keputusan awal PRN Johor ketika petugas pilihan raya terus menjalankan kiraan kertas undi.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, dan Pengerusi BN Selangor, Megat Zulkarnain Omarbin, misalnya memuat naik hantaran di laman sosial untuk berkongsi maklumat berkaitan keadaan semasa.

Kedua-dua mereka mendakwa setakat 6.30 petang ini, BN sedang mendahului dengan 33 kerusi berbanding tujuh untuk PH.

Sementara itu parti-parti lain iaitu PN, Bersama dan Muda masih lagi belum memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun kedua-dua mereka tidak menamakan kerusi-kerusi tersebut setakat berita ini ditulis.

Secara keseluruhan Johor mempunyai 56 kerusi DUN dengan ambang untuk menubuhkan kerajaan adalah sebanyak 29 kerusi.

Semua pusat pengundian ditutup jam 6 petang ini dengan proses kiraan undi sedang berlangsung.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS