Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Puad desak PM tamat kerjasama BN-PH
Diterbitkan:  Aug 3, 2026 11:16 AM
Dikemaskini: 3:16 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan untuk menamatkan memorandum persefahaman antara BN dan PH lebih awal kerana kepercayaan antara kedua-dua pihak tidak lagi wujud, kata bekas pemimpin Umno, Puad Zarkashi.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata demikian di Facebook selepas membidas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Annuar Musa kerana mendakwa Perikatan Nasional (PN) berperanan penting dalam membolehkan BN membentuk kerajaan negeri Negeri Sembilan dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.

Sambil menuduh Annuar angkuh, Puad berhujah bahawa BN sebenarnya boleh membentuk kerajaan bersama PH kerana gabungan kerusi mereka juga juga mencukupi.

“Sebenarnya boleh sahaja ditubuhkan kerajaan BN-PH (18 kerusi campur 11 kerusi).

“Tetapi kali ini (Presiden Umno, Ahmad) Zahid Hamidi lebih percaya kepada PN. Zahid mahu formula ini diteruskan di Melaka.

“Sebab itu PMX (Perdana Menteri Anawr Ibrahim) sewajarnya menamatkan lebih awal MOU (perjanjian pkerjasama) BN-PH dalam kerajaan perpaduan.

“Sudah tidak wujud kepercayaan antara BN-PH. Maka kenapa perlu diteruskan?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum itu, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa menerusi satu hantaran di media sosial menyatakan bahawa jumlah 18 kerusi yang dimenangi BN tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Menurutnya, sokongan daripada tujuh kerusi yang dimenangi PN bukan sahaja membolehkan gabungan PN dan BN menubuhkan kerajaan bersama, malah melengkapkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Negeri.

“BN memenangi 18 kerusi.Tidak cukup untuk membentuk kerajaan dengan simple majority.

“Perikatan Nasional memenangi 7 kerusi dan PH 11 kerusi. Ini menjadikan 18 kerusi atau 50:50 daripada jumlah 36 kerusi.

“Di sinilah indahnya Muafakat,” katanya.

Perkembangan ini menimbulkan persoalan berhubung status persefahaman politik di peringkat Persekutuan yang menyaksikan BN bersekutu dengan PH manakala PN bertindak sebagai pembangkang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS