Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM Anwar dijangka keluar hospital hari ini - Wan Azizah
Diterbitkan:  Aug 12, 2026 12:19 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan, kata Wan Azizah Wan Ismail.

Isteri Perdana Menteri berkata Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Azizah, yang juga anggota parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.

Pada Isnin, perdana menteri dilaporkan selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS