Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KDM tarik sokongan dari GRS, intai ‘Blok Borneo’ baru
Diterbitkan:  Aug 15, 2026 7:14 PM
Dikemaskini: 11:14 AM

Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) di Sabah hari ini mengumumkan keputusan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut laporan media, keputusan itu dibuat ketika KDM merancang membentuk kerjasama baru dengan parti-parti politik berasaskan Sabah yang dikenali sebagai ‘Blok Borneo’.

Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter berkata Majlis Tertinggi parti itu membuat keputusan berkenaan dalam perhimpunan tahunannya di Papar pada Sabtu.

Dia mengakui keputusan itu bukan mudah, namun menyifatkannya perlu bagi mendapatkan semula keyakinan akar umbi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut laporan Daily Express, Priscella berkata KDM akan bertanding dalam pilihan raya umum bersama parti tempatan lain yang memperjuangkan kepentingan Sabah, selain tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Warisan dan Star.

Bagaimanapun, keputusan KDM itu dijangka tidak memberi kesan besar terhadap kestabilan kerajaan negeri kerana parti berkenaan hanya memegang satu daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

KDM juga mempunyai dua Ahli Parlimen.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS