Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN kaji, belum putuskan kerjasama PRN Melaka
Diterbitkan:  Aug 23, 2026 2:48 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

“Sentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

“Itu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,” katanya.

Kerjasama BN-PN raih kemenangan besar pada PRN Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.

Kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan berjaya tumbangkan pentadbiran diterajui PH.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS