Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kemalangan roller coaster : 10 pengunjung cedera, polis mula siasatan
Diterbitkan:  Aug 24, 2026 1:39 PM
Dikemaskini: 5:39 AM

Sebanyak 10 individu termasuk pelancong luar negara cedera dalam kejadian kemalangan melibatkan permainan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.45 pagi semalam, namun siasatan mendapati kejadian sebenarnya berlaku kira-kira 9 malam, Sabtu.

Wan Azlan Wan Mamat

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat 22 orang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun sedang bermain permainan kenderaan lungsur berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar daerah Subang Jaya untuk mendapat rawatan.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan terbabit dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627100 dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS