Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nama Dolly Parton bakal diabadikan pada lapangan terbang
Diterbitkan:  Aug 29, 2026 10:17 AM
Dikemaskini: 2:17 AM

GLOBAL | Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville (BNA) dijangka dinamakan semula sempena ikon muzik country AS, Dolly Parton, menerusi yang diumumkan Gabenor Tennessee, Bill Lee dan pihak lapangan terbang.

Memetik kenyataan pejabat gabenor dan pihak lapangan terbang, agensi berita Jerman, dpa, melaporkan inisiatif untuk menamakan semula BNA itu bertujuan mewujudkan "penghormatan abadi terhadap legasi” penyanyi itu yang dianggap begitu bermakna.

Kata kenyataan itu, Dolly memberi inspirasi kepada pelbagai generasi di Tennessee dan di seluruh dunia.

"Di lokasi yang menjadi pintu masuk Tennessee menyambut dunia, amat wajar sekiranya BNA menggunakan nama Dolly Parton," kata Lee dalam satu hantaran di platform X.

Dolly dilahirkan di Tennessee pada 1946 sebelum berpindah ke Nashville pada 1964 dan memulakan kerjayanya sebagai penulis lagu serta pemuzik.

Dia kemudiannya muncul sebagai salah seorang tokoh paling terkenal dalam dunia muzik country.

Artis tersebut meninggal dunia di Nashville pada usia 80 tahun pada Selasa.

- Bernama/dpa


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS