Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat kes tudung corak Jalur Gemilang tak lengkap
Diterbitkan:  Aug 30, 2026 9:45 AM
Dikemaskini: 1:45 AM

Polis sedang menyiasat isu video tular di media sosial mengenai penjualan tudung bercorak Jalur Gemilang yang didakwa tidak lengkap di sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai perkara itu pada jam 4.49 petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian tudung berkenaan mempunyai corak Jalur Gemilang tidak lengkap yang diterima daripada pihak pembekal.

“Pasar raya berkenaan telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan serta mengasingkan tudung yang dikenal pasti tidak mempunyai corak Jalur Gemilang sepenuhnya dari kawasan jualan bagi mengelakkannya dijual di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata susulan penularan video berkenaan, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Tambahnya siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara yang tular di media sosial dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan, selain meminta mereka yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-7862 7100”, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS