mk-logo
Berita
Bekas menteri tiba di mahkamah untuk prosiding reman
Diterbitkan:  Sep 2, 2026 10:44 AM
Dikemaskini: 2:49 AM

Seorang bekas menteri tiba di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu, tiba pada 10.25 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Semalam, individu tersebut ditahan kira-kira 4.30 petang, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan TH di Arab Saudi.

Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS